Wednesday, October 28, 2009

Pertandingan Memasak : Minggu Kokurikulum SKKP 2009


Pertandingan Memasak sempena Bulan Kokurikulum SKKP 2009
telah dilangsungkan dengan jayanya pada 28 Oktober 2009..
Pertandingan ini adalah salah satu program yang telah dirancangkan
untuk mengisi pengisian bulan kokurikulum tersebut..
Sebanyak 6 kumpulan daripada 3 unit beruniform telah mengambil
bahagian adalah pertandingan tersebut.. Unit beruniform yang terlibat
ialah Pengakap, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah..
Setiap kumpulan terdiri daripa 3 orang peserta..
Pertandingan dimulakan jam 9.30 pagi dan setiap kumpulan
diberikan masa selama 2 jam untuk menyiapkan tugasan-tugasan
yang telah diberikan kepada mereka..
Pertandingan ini dapat memberikan pendedahan yang berguna
kepada mereka dalam menjalani hidup seharian..
Keputusan pertandingan akan diumumkan dalam Majlis Penutup
yang akan berlangsung pada Khamis ini..

Larian Berhalangan : Minggu Kokurikulum SKKP 2009


Pada 27 Oktober 2009 yang lalu, telah dilangsungkan aktiviti
yang mencabar tahap kecergasan murid-murid SKKP iaitu Larian Berhalangan.

Larian Berhalangan ialah satu daripada aktiviti yang dijalankan
sempena 'Bulan Kokurikulum SKKP 2009'.. Aktiviti ini telah dikelolakan
oleh Pn. Sarifah Naha bt Mohamad dan dibantu oleh Encik Shahrul Atishah
b Mohd Sharif sebagai hakim bertugas..

Sebanyak 5 pasukan yang terdiri daripada murid-murid tahun
empat dan lima telah mengambil bahagian.. Setiap pasukan terdiri
daripada 10 orang peserta iaitu 5 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan..

Sebanyak 7 halangan perlu dilalui oleh para peserta.. Kumpulan yang dapat
menghabiskan larian mereka dalam masa yang terpantas akan
dikira sebagai pemenang.. Memang mencabar..

Dalam masa yang sama.. setiap pasukan diamanahkan sebiji telur..
Ahli-ahli kumpulan perlu memastikan telur tersebut tidak pecah
sewaktu mereka menjalani aktiviti tersebut..
Jika tidak.. markah yang mereka perolehi akan dipotong..

Keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Penutup
Minggu Kokurikulum SKKP 2009 yang dijadualkan pada Khamis ini..

Sunday, October 18, 2009

KFC Goes To School!


Pada Jumaat, 16 Oktober yang lalu, satu aktiviti yang dianjurkan
oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) telah dijalankan di tapak
perhimpunan sementara sekolah.. Aktiviti yang dinamakan
'KFC Goes To School' itu turut memperkenalkan program
'KFC Buddy Award'..

Dalam majlis tersebut, beberapa acara telah diadakan..
Antaranya ialah penyampaian hadiah untuk acara
mewarna (tahun 1&2), menulis esei (tahun3&4) dan
menulis esei (tahun 5&6)..

Turut memeriahkan program adalah maskot-maskot KFC
yang menarik minat semua murid. Chicky, Chirpy, Adora dan Ace
turut membuat persembahan istimewa yang membuatkan
murid-murid tidak kering gusi.

Saturday, October 17, 2009

Sirkit Pembangunan Sofbol 2/2009


Pada Rabu 14 Oktober yang lalu.. pasukan sofbol SKKP telah menyertai
Sirkit Pembangunan Sofbol 2/2009 yang telah diadakan di padang
SK Sungai Isap, Kuantan. Sirkit yang pertama sebelum ini
telah berlangsung pada bulan April lalu di SK Kampong Padang..

Untuk sirikit kali ini, lebih menekankan penyertaan daripada pemain-pemain
yang berusia 11 tahun ke bawah. Ini adalah sebahagian daripada
program pembangunan sofbol yang dirancang untuk mengukuhkan lagi
pasukan Sofbol MSS Pahang untuk tahun 2010.

Sebanyak 6 pasukan untuk kategori lelaki dan 5 pasukan perempuan telah
terlibat untuk sirkit kali ini..

Bagi kategori lelaki, pasukan yang terlibat ialah SK. Kampong Padang,
SK. Mat Kilau, SK Cenderawasih, SJKC Kuang Hwa, Tunas Pahang dan
tuan rumah, SK Sungai Isap..

Manakala bagi kategori perempuan pula, sekolah yang terlibat ialah
SK Kampong Padang, SK Mat Kilau, SK Cenderawasih, SK Sungai Isap
dan pasukan Tunas Pahang..

Keputusan Akhir :

Lelaki
1. SK Kampong Padang
2. SK sungai Isap
3/4. SK Mat Kilau & SJKC Kuang Hwa
5/6. SK Cenderawasih & Tunas Pahang

Perempuan
1. SK Sungai Isap
2. SK Kampong Padang
3/4. SK Mat Kilau & SK Cenderawasih
5. Tunas Pahang

Saturday, October 3, 2009

Sambutan Aidil Fitri Murid Tahun 6


Kemeriahan Syawal masih terasa..
Pada 2 Oktober 2009, murid-murid Tahun 6 SKKP
telah berjaya melaksanakan program Smbutan Aidil Fitri 1430h..

Sambutan ini merupakan salah satu program Pasca-UPSR yang telah
dirancang oleh guru-guru Tahun 6..

Acara pada pagi Jumaat yang mulia ini telah dimulakan
dengan majlis bacaan yassin yang dipimpin oleh
Ustaz Nor Muhamad Khalim b. Haji Miswan..

Selepas majlis tersebut, murid-murid yang telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan kecil sebelum ini,
mula menghidangkan juadah-juadah yang dibawa..

Pelbagai jenis juadah dan kuih-muih telah dihidangkan
dan dikongsi bersama-sama dengan murid-murid yang lain..

Terima kasih diucapkan kepada ibu-bapa murid-murid
tahun 6 yang telah menyediakan menu-menu tersebut
untuk memeriahkan lagi sambutan pada kali ini..

Friday, October 2, 2009

Pot Luck Aidil Fitri

Pada hari Selasa 29 September 2009 yang lalu,
sebahagaia guru-guru SKKP telah bersepakat untuk mengadakan
majlis 'Pot Luck' bertujuan untuk sama-sama memeriahkan
sambutan hari raya aidilfitri untuk tahun nih..

Walaupun dirancangkan secara spontan,
namun kemeriahannya sangat dirasakan dengan juadah-juadah
istimewa yang telah disediakan oleh guru-guru SKKP..

Antara menu-menu yang terhidang dan dikongsi bersama ialah
ketupat segera, rendang ayam, kuah kacang, ketupat daun palas,
pecal dan pelbagai jenis kuih-muih..

Moga sambutan seperti ini diteruskan lagi di masa-masa
yang akan datang..