Thursday, December 22, 2011

Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri 1432H


Kami mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua warga SKKP, guru-guru dan kakitangan,
murid-murid, bekas guru-guru dan murid-murid dan para ibu bapa..


Semoga Aidil Fitri kali ini lebih bermakna.. Disambut secara bersederhana tetapi
tetap meriah.. 


Sekolah akan mula bercuti pada 27 Ogos 2011.. Sesi persekolahan akan bersambung semula
pada hari Isnin 5 September 2011..


Selamat bercuti!

Thursday, August 25, 2011

Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1432H


Alhamdulillah.. telah berlangsung dengan jaya Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1432H peringkat sekolah.. Majlis ini telah dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKKP..


Pelbagai acara telah diatur dan berjalan sepanjang bulan Ramadhan ini. Antaranya pertandingan azan (murid lelaki), tulisan jawi (murid perempuan), hafazan, mari berbahasa Arab dan lain-lain lagi..


Dalam majlis Khatam Al-Quran ini, seramai 11 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 6 telah terlibat..




Antara acara-acara lain pada majlis ini ialah penyampaian hadiah untuk pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Ramadhan..


Pn. Hjh. Normah bt Abu Bakar, Guru Besar SKKP juga turut menyampaikan sumbangan duit raya daripada guru-guru SKKP kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.. Di harapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam persediaan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang..

Tuesday, December 29, 2009

Salam Perpisahan..

Salam perpisahan buat
Pn. Norlia bt. Daud yang telah bertukar ke
SK RTP Bukit Goh, Kuantan..

Moga persahabatan yang terjalin tidak
akan putus di tengah jalan..
moga berjaya di tempat baru..

Senarai Guru Kelas 2010

1 Takwa - Pn. Aidil Khairuzan bt. Ta'arif
1 Barakah - Pn. Irana a/k John
1 Mursyid - Pn. Rose Azimah bt. Sulong

2. Barakah - Pn. Aliza bt Hamzah
2 Mursyid - Pn.Haliza bt. Ibrahim
2 Takwa - Pn. Khairaniwati bt. Shamsudin

3 Mursyid - Pn. Rohana bt. Mohamad
3 Takwa - En. Syafeeq b. Ahmad Dahalan
3 Barakah - En. Zakaria b. Mohamed

4 Takwa - Pn. Sarifah Naha bt. Mohamad
4 Barakah - Pn. Norima bt. Mohd Noor
4 Mursyid - En. Asman b. Suhari

5 Barakah - Pn. Tn. Sharifah Norasikim bt. Tn. Padan
5 Mursyid - Cik Mardanis bt. Sartoni
5 Takwa - En. Shahrul Atishah b. Sharif

6 Mursyid - Pn. Siti Zanariah bt. Malik
6 Takwa - Pn. Aiza Mohawiah bt. Mohamed