Monday, September 21, 2009

Thursday, September 17, 2009

Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri Kepada Anak Yatim dan Keluarga Miskin

Pagi tadi telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri
kepada anak-anak yatim dan murid daripada keluarga miskin..
Sumbangan tersebut datangnya daripada sumbangan guru dan murid..
tidak ketinggalan 2 orang penjaga yang telah memberikan sumbangan mereka
kepada mereka yang kurang bernasib baik ini..
Majlis sumbangan ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Normah bt. Abu Bakar,
guru besar SKKP dan Pn. Hjh. Noriah bt. Abdul Manaf, gpk Hem SKKP..
Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan sedikit beban
yang dihadapi oleh mereka untuk menyambut 1 Syawal nanti..


Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman dan bermaafan antara semua
warga SKKP..

Wednesday, September 16, 2009

Cuti Sempena Hari Raya Aidil Fitri 1430h


SKKP akan mula bercuti sempena Hari Raya Aidil Fitri 1430h pada
Jumaat 18 September 2009..
Sesi persekolahan akan bersambung pada pada hari Isnin
28 September 2009..
Kami mengucapkan selamat bercuti dan selamat menyambut
aidilfitri.. Amalkan budaya kunjung-mengunjung dan bukannya
budaya bermain mercun..

Monday, September 14, 2009

Tadarus Al-Quran On Air


Sempena memuliakan bulan Ramdhan dan aktiviti selepas UPSR,
pihak panitia Agama Islam mengambil inisiatif untuk menjalankan
aktiviti 'Tadarus' Al-Quran On Air'..
Aktiviti ini melibatkan murid-murid tahun 6 dan dijalankan
sewaktu masa rehat Tahap 2 pada setiap hari dalam bulan Ramadhan..
Setiap sesi, 4 pelajar tahun 6 akan memperdengarkan bacaan
masing-masing melalui radio sekolah dan diawasi oleh seorang guru
Pendidikan Islam dan JQAF..
Semoga usaha yang dilakukan ini akan mendapat keberkatan
dalam bulan yang mulia ini..

Thursday, September 10, 2009

UPSR Tamat..


Tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran UPSR
selama 3 hari.. Semoga kejayaan menjadi milik kamu semua..
Merdeka ke ?

Jauh lagi perjalananmu..
Jangan mudah lupa dan leka dalam mengharungi
pelbagai ranjau yang mendatang..

Selagi bernama murid SKKP..
Kekalkan disiplin.. hormati guru..
Sedarlah.. anda semua masih anak didik yang kami sayangi..
Selamat menjalani ujian aptitud petang nih..

Wednesday, September 9, 2009

Bangunan Baru


Alhamdulillah.. setelah sekian lama.. akhirnya SKKP mendapat
satu blok bangunan baru 3 tingkat.. proses pembinaan sedang rancak
dijalankan pada ketika ini.. pembinaan ini dijangka siap pada
akhir tahun 2010..
Blok bangunan baru ini merupakan satu keperluan bagi pihak sekolah
memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah pada setiap
tahun.. Ini dapat dilihat dengan kawasan perumahan baru yang
banyak dibina berhampiran dengan sekolah..
Bilangan kelas yang ada pada waktu sekarang tidak dapat
menampung jumlah murid yang ramai.. sehinggakan pada waktu
sekarang.. pihak sekolah terpaksa mengorbankan perpustakaan
untuk dijadikan kelas..
Diharapkan apabila siap blok bangunan baru ini nanti..
murid-murid akan dapat menikmati suasana pembelajaran
yang lebih selesa..

UPSR 2009


Bermula 8 September hingga 10 September 2009, seramai 79 calon
tahun 6 dari SK Kampong Padang, Kuantan akan menduduki
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Pn. Fatimah bt. Mustafa, GPK 1 meluahkan harapannya untuk
melihat pencapaian pada tahun ini, meningkat daripada tahun 2008
dari segi bilangan cemerlang 5A dan peratus lulus keseluruhan.

Pada tahun 2008, seramai 7 orang murid SKKP yang berjaya
memperolehi 5A dan memperolehi peratus cemerlang sebanyak
78.87%.

Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru..
Komitmen dan usaha daripada murid-murid sendiri..
akan membuahkan hasil yang cemerlang..

Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah

Tuesday, September 8, 2009

Selamat Datang..


Selamat datang dan salam ukhwah..
Blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat,
berkongsi berita dan peristiwa..

Menjadi medan pertemuan untuk semua guru
dan bekas anak murid SK Kampong Padang, Kuantan
untuk terus berhubungan dan bertanya khabar..

Juga sebagai medan membuahkan
cadangan penambahbaikan untuk kebaikan
semua pihak..

Kongsi-kongsikanlah semua yang manis
untuk tatapan kita bersama..