Kami mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua warga SKKP, guru-guru dan kakitangan,
murid-murid, bekas guru-guru dan murid-murid dan para ibu bapa..
Semoga Aidil Fitri kali ini lebih bermakna.. Disambut secara bersederhana tetapi
tetap meriah..
Sekolah akan mula bercuti pada 27 Ogos 2011.. Sesi persekolahan akan bersambung semula
pada hari Isnin 5 September 2011..
Selamat bercuti!
Alhamdulillah.. telah berlangsung dengan jaya Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Penutup Ihya' Ramadhan 1432H peringkat sekolah.. Majlis ini telah dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKKP..
Pelbagai acara telah diatur dan berjalan sepanjang bulan Ramadhan ini. Antaranya pertandingan azan (murid lelaki), tulisan jawi (murid perempuan), hafazan, mari berbahasa Arab dan lain-lain lagi..
Dalam majlis Khatam Al-Quran ini, seramai 11 orang murid yang terdiri daripada murid-murid tahun 6 telah terlibat..
Antara acara-acara lain pada majlis ini ialah penyampaian hadiah untuk pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan sepanjang Ramadhan..
Pn. Hjh. Normah bt Abu Bakar, Guru Besar SKKP juga turut menyampaikan sumbangan duit raya daripada guru-guru SKKP kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.. Di harapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam persediaan untuk menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang..
Salam perpisahan buatPn. Norlia bt. Daud yang telah bertukar keSK RTP Bukit Goh, Kuantan..Moga persahabatan yang terjalin tidakakan putus di tengah jalan..moga berjaya di tempat baru..
1 Takwa - Pn. Aidil Khairuzan bt. Ta'arif1 Barakah - Pn. Irana a/k John1 Mursyid - Pn. Rose Azimah bt. Sulong2. Barakah - Pn. Aliza bt Hamzah2 Mursyid - Pn.Haliza bt. Ibrahim2 Takwa - Pn. Khairaniwati bt. Shamsudin3 Mursyid - Pn. Rohana bt. Mohamad3 Takwa - En. Syafeeq b. Ahmad Dahalan3 Barakah - En. Zakaria b. Mohamed4 Takwa - Pn. Sarifah Naha bt. Mohamad4 Barakah - Pn. Norima bt. Mohd Noor4 Mursyid - En. Asman b. Suhari5 Barakah - Pn. Tn. Sharifah Norasikim bt. Tn. Padan5 Mursyid - Cik Mardanis bt. Sartoni5 Takwa - En. Shahrul Atishah b. Sharif6 Mursyid - Pn. Siti Zanariah bt. Malik6 Takwa - Pn. Aiza Mohawiah bt. Mohamed